- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 52
KUNJUNG HORMAT PBSK TITIWANGSA/SETIAWANGSA KE PEJABAT CAWANGAN DBKL TITIWANGSA BERSAMA MAJLIS BELIA KAWASAN TITIWANGSA
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 52
Desa Pandan, Kuala Lumpur, 5 Mei 2025 – Satu kunjung hormat telah diadakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Kawasan (PBSK) Titiwangsa/Setiawangsa bersama Majlis Belia Kawasan (MBK) Titiwangsa ke Pejabat Cawangan Titiwangsa, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertempat di Desa Pandan, Kuala Lumpur.
Kunjungan ini telah disambut mesra oleh Pengurus Kawasan, Pejabat Cawangan Titiwangsa DBKL, Puan Nur Jalilah Md. Joha, bersama beberapa pegawai kanan cawangan.
En. Khairuddin bin Khalid, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa, yang mengetuai rombongan bersama Sdra. Mohammed Nik Faisullah Reed, Pengerusi MBK Titiwangsa, serta Puan Ayuni Mazlan, Timbalan Pengerusi MBK Titiwangsa. Kehadiran barisan Jawatankuasa MBK Titiwangsa turut memeriahkan sesi kunjungan ini.
Perbincangan yang diadakan merangkumi pelbagai aspek kerjasama strategik antara pihak DBKL dan badan-badan belia setempat, termasuk perancangan program pembangunan belia, penggunaan kemudahan komuniti serta penambahbaikan hubungan dua hala antara agensi kerajaan dan organisasi belia.
Kunjungan hormat ini diharapkan dapat menjadi titik tolak kepada jalinan kerjasama yang lebih erat serta menyokong usaha memperkasakan belia di kawasan Titiwangsa khususnya dalam menjayakan agenda pembangunan komuniti bandar.