- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 47
PEGAWAI BELIA DAN SUKAN KAWASAN TITIWANGSA/SETIAWANGSA HADIRI PROGRAM KLINIK SUKAN PICKLEBALL ANJURAN GB4B TITIWANGSA.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 47
Kuala Lumpur, 1 Mei 2025 – Program klinik sukan pickleball bertemakan *”Let’s Try Pickleball”* anjuran Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Titiwangsa telah berlangsung dengan meriah di Paddle Hub 7, Taman Maluri. Program ini telah menarik perhatian komuniti setempat, khususnya golongan belia, dalam usaha memperkenalkan dan mempopularkan sukan pickleball yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Titiwangsa, Encik Mohd Nor bin Ibrahim.
Turut hadir memeriahkan program ialah Pegawai Belia dan Sukan Titiwangsa/Setiawangsa, Encik Khairuddin bin Khalid, yang memberi sokongan penuh terhadap inisiatif pembangunan sukan dan kesukanan peringkat akar umbi. Kehadiran beliau disambut mesra oleh para peserta dan penganjur program.
Wakil Majlis Belia Kawasan Titiwangsa, Sdri Ayuni Mazlan bersama barisan exco turut hadir, di samping kehadiran wakil Gerakan Belia 4B Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (GB4B WPKL), Sdr Fitri, yang turut memberikan galakan dan semangat kepada para peserta.
Penganjuran program ini dilihat sebagai langkah proaktif dalam menggalakkan gaya hidup sihat serta memperkukuh jaringan belia di kawasan Titiwangsa melalui sukan baharu yang menyeronokkan dan inklusif.