PERBINCANGAN SAMBUTAN SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT KAWASAN BATU / WANGSA MAJU BERSAMA KOLEJ VOKASIONAL ERT SETAPAK


Wangsa Maju, 10 April 2025 – Sambutan Semarak Hari Belia Negara peringkat Kawasan Batu / Wangsa Maju akan berlangsung tidak lama lagi menerusi penglibatan aktif pelbagai pihak termasuk Kolej Vokasional ERT Setapak, yang bertindak sebagai rakan strategik utama dalam menjayakan program tahunan ini.

Program yang berkonsepkan pemerkasaan belia ini bertujuan menyemai nilai patriotisme, kepimpinan dan inovasi dalam kalangan generasi muda, sejajar dengan matlamat Dasar Belia Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik akan dianjurkan sepanjang program berlangsung.

Timbalan Pengarah HEP Kolej Vokasional ERT Setapak turut menyatakan penghargaan atas peluang untuk bekerjasama dengan pihak penganjur dalam menjayakan program yang bermanfaat ini, yang sekali gus memberi pendedahan kepada pelajar untuk menyumbang secara langsung kepada komuniti dan memperkukuh jaringan sosial serta profesional. Perbincangan bersama ini turut dihadiri oleh Cik Hazriati binti Abdul Hamid, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju.
Sambutan ini diharap dapat menjadi platform berterusan untuk mencungkil potensi belia, memperkukuh jati diri serta menyemai semangat kerjasama antara institusi pendidikan, masyarakat dan agensi tempatan.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 12:21:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search