- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 137
KUNJUNG HORMAT PERSATUAN SUKARELAWAN MUDA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (YOU4WP) BERSAMA KELAB BELIA SUKARELAWAN WANGSA DELIMA (KBSWD) DAN KELAB RAKAN MUDA WANGSA DELIMA (KRMWD) KE PBSK BATU/WANGSA MAJU
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 137
BUKIT KIARA, 26 APRIL 2025 - Persatuan Sukarelawan Muda Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (YOU4WP) bersama Kelab Belia Sukarelawan Wangsa Delima bersama Kelab Rakan Muda Wangsa Delima telah mengadakan kunjung hormat ke PBSK Batu/Wangsa Maju bertempat di JBS WP Kuala Lumpur. Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara kelab sukarelawan dan PBSK Batu /Wangsa Maju serta untuk membincangkan peluang kerjasama dalam aktiviti-aktiviti sukarelawan yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat.
Delegasi dari Persatuan Sukarelawan Muda Wikayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diketuai oleh En Am Amar Izzuden bin Hamidun disambut dengan mesra oleh Pn Afiqah binti Mustafa Kamil, Pegawai Belia dan Sukan PBSK Batu/Wangsa Maju. Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak berkongsi pengalaman dan idea dalam meningkatkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan serta mengenal pasti bidang-bidang yang memerlukan sokongan sukarelawan.
Selain itu, perbincangan turut meliputi perancangan program-program belia dan sukarelawan yang akan dijalankan bersama pada masa hadapan. Pihak PBSK Batu/Wangsa Maju turut memberikan sokongan penuh terhadap usaha-usaha persatuan dalam menganjurkan pelbagai inisiatif untuk memberi manfaat kepada komuniti setempat.
Kunjungan ini berakhir dengan sesi bergambar dan harapan kedua-dua pihak agar kerjasama ini dapat diteruskan dalam usaha membawa perubahan positif kepada masyarakat.