- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 72
HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN BELIA DAN SUKAN WP KUALA LUMPUR 2025
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 72
BUKIT KIARA, 30 April 2025 - Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berlangsung di Dewan Kompleks Rakan Muda (KRM) Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Pejabat Belia dan Sukan Kawasan (PBSK) Seputeh turut terlibat bagi menjemput beberapa wakil agensi kerajaan dan Ngo's Belia & Sukan di kawasan Seputeh untuk hadir ke program tersebut.
Antara tetamu jemputan yang hadir ialah Pn. Wan Noorzuliana binti Wan Hussin, Pengurus DBKL Kawasan Seputeh, Cik Lan Suet Ling (Alice), Pegawai Khas YB Ahli Parlimen Seputeh, Encik Mohd Faizal bin A Wahab, Ketua Pegawai AADK Daerah Brickfields, Sdra. Zack Loh Tze Jye, Pengerusi Majlis Belia Kawasan (MBK) Seputeh, Sdra. Iqbal Yusof, Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Seputeh merangkap Ketua Penerangan MBWP, Sdra. Pravin a/l Balasubramaniam, Timbalan Pengerusi MBK Seputeh merangkap Pengerusi Pertubuhan Belia Hindu (HYO) Cawangan Seputeh dan ramai lagi.
Turut hadir ialah En. Azmee Amar Azwan bin Mostapa, mantan Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Seputeh.
Dianggarkan seramai 500 orang tetamu jemputan telah hadir ke program tersebut. Semoga program ini dapat merapatkan lagi hubungan baik antara jabatan dengan Rakan Strategik, Agensi-agensi dan Ngo's Belia & Sukan di WP Kuala Lumpur ini.
Yakin Boleh!
Ini Masa Kita!