PERTANDINGAN PROGRAM BIGGEST LOSER KBS 2025 PERINGKAT WP KUALA LUMPUR TELAH BERMULA SECARA RASMI  


NU Sentral, 27 April 2025 - Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur dengan kerjasama Persatuan Sukan Kecergasan Kuala Lumpur telah menganjurkan pertandingan Program Biggest Loser KBS 2025 Peringkat WP Kuala Lumpur.

Seramai 152 orang peserta telah hadir ke sesi taklimat dan timbang berat bagi menyertai program ini yang dijadualkan tamat pada 31 Ogos 2025. Pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk memperluaskan penerapan budaya bersukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat khususnya di Kuala Lumpur melalui pengisian berbentuk pendidikan dan latihan kecergasan.

Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur juga telah menjalinkan kerjasama bersama rakan strategik
iaitu Spots Nutritions Academy, ASPEN Nutrition Malaysia, Protech Sports, Inbody, Yakult, Decathlon Malaysia dan juga Anytime Fitness.
Turut hadir, Encik Dharzuky bin Daud@Zakaria, Pengarah Cawangan Kecergasan, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 12:21:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search