- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 85
MAJLIS PENUTUPAN KONVENSYEN RAKAN MUDA 2025
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 85
27 April 2025, Kuala Lumpur - Majlis Penutupan Konvensyen Rakan Muda 2025 telah disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha Stragik Kementerian Belia dan Sukan, Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda dan Encik Sabran bin Abd Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Konvensyen Rakan Muda 2025 ini telah diadakan bermula dari 26 sehingga 27 April 2025 di The Pearl Kuala Lumpur dengan kehadiran Kelab Rakan Muda dan Sekretariat Rakan Muda dari seluruh pelusuk negara.
Konvensyen selama 2 hari ini telah memberikan banyak output dan menerima input dari pemimpin-pemimpin muda dari seluruh negara.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah disertai oleh 3 Kelab Rakan Muda iaitu Kelab Rakan Muda Jalan Tunku Abdul Rahman, Kelab Rakan Muda Kampung Baru dan Kelab Rakan Muda Mutiara Magna dan 2 Sekretariat Rakan Muda IPT iaitu Sekretariat Rakan Muda Universiti Geomatika dan UniKL MIIT.