- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 66
PEGAWAI BELIA DAN SUKAN KAWASAN TITIWANGSA/SETIAWANGSA HADIR MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MAYC KAWASAN TITIWANGSA
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 66
TITIWANGSA, 26 April 2025 – Suasana penuh kemeriahan dan ukhuwah terpancar di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MAYC Kawasan Titiwangsa 2025 yang berlangsung di Dewan Yayasan Bena Nusa, Taman Maluri malam ini.
Majlis yang bermula pada jam 8.30 malam hingga 10.30 malam itu menghimpunkan ahli-ahli MAYC, penduduk setempat, dan para tetamu jemputan dalam suasana santai dan mesra, sambil menikmati pelbagai juadah tradisional Aidilfitri.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Encik Khairuddin bin Khalid, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa, yang meluangkan masa bertemu dan beramah mesra dengan para hadirin. Kehadiran beliau turut mencerminkan sokongan berterusan terhadap aktiviti kemasyarakatan dan belia di kawasan Titiwangsa.
Majlis ini bukan sahaja meraikan sambutan Aidilfitri, malah menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim serta mengukuhkan perpaduan dalam kalangan komuniti setempat.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir dan berharap agar hubungan yang terjalin dapat terus diperkukuhkan melalui program-program sebegini pada masa akan datang.