BARISAN PEGAWAI YANG DILANTIK SEBAGAI PENGUJI UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK) BAGI URUSAN PENGAMBILAN KADET PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK BAGI TAHUN 2025/ 2026


Bukit Kiara, 24 April 2025 - Seramai 10 orang pegawai daripada Jabatan Belia dan Sukan WP kuala Lumpur telah dilantik sebagai Penguji UKJK untuk urusan pengambilan Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik 2025/ 2016 bagi Pusat INTAN Bukit Kiara bermula 21 April sehingga 28 April 2025.

Pelaksanaan pengambilan Kadet PTD ini adalah merupakan anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negara melibatkan 11 buah pusat di seluruh Malaysia dengan anggaran 6,424 orang calon keseluruhannya.

Bagi Pusat INTAN Bukit Kiara, antara pegawai penguji yang dilantik adalah Encik Mohd Khairi Shah, Encik Tun Mohd Muaazam, Puan Juwairiah Mohd Zain, Cik Noraini Zainudin, Encik Mohd Hafiz Ismail, Puan Nur Diyana Mohd Azizi, Ahmad Hairielzal Ibrahim, Cik Nurshafira Hamzah dan Encik Muhammad Amirul Hakim Mohd mohd Rafie. Barisan penguji ini telah diketuai oleh Cik Magdelene anak Manjah, Penolong Pengarah daripada Bahagian Pembangunan Sukan selaku Ketua Penguji.
Tahniah dan Selamat Maju Jaya kepada semua calon yang terlibat dengan UKJK bagi pengambilan Kadet PTD 2025/2026 kali ini.  

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 12:21:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search