- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 110
MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN LAWN BOWLS TRIPLES CHAMPIONSHIPS 2025
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 110
Bukit Kiara, 24 April 2025 - YBrs. Encik Sabran bin Abd Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sikan WP Kuala Lumpur telah hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Lawn Ball Triples Championship 2025 di Kompleks Sukan Lawn Balls, Bukit Kiara mewakili YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia hari ini.
Sukan Lawn Balls kini semakin popular dan merupakan acara sukan yang berprestij tinggi dipertandingkan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa seperti Sukan Malaysia Sukma, Sukan SEA, Asian Bowls, Asia Pacific, World Indoo Lawn Balls Championship dan Sukan Olimpik pada tahun 2032.
Encik Sabran bin Abdul Bahar juga turut mengucapkan tahniah kepada pemain Sukan Lawn Balls negara yang kini berada di ranking No. 1 dunia iaitu Nor Farah Ain binti Abdullah dan No. 4 dunia Izzat Shameer bin Dzulkeple. Sasaran bagi sukan ini adalah mengharapkan pasukan negara memenangi pingat emas di Sukan Komanwel dan Olimpik 2032 di Australia.
Pelaksanaan program tersebut juga turut mendapat peruntukan Geran Padanan Sukan (GPS) daripada Kementerian Belia dan Menteri dengan penyertaan sebanyak 70 pasukan.