Sesi Perjumpaan Pegawai Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh

Sesi Perjumpaan Pegawai Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh

BUKIT KIARA, 22 April 2025 - Sesi Perjumpaan Mesra antara pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan (PBSK) Seputeh telah diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh, Jabatan Belia dan Sukan Sukan WP Kuala Lumpur. Perjumpaan ini telah dihadiri oleh semua para pegawai dan kakitangan PBSK Seputeh. Tujuan sesi perjumpaan ini diadakan adalah sebagai ruangan suai kenal bersama Encik Mahadir bin Darahi, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Seputeh yang baru sahaja melapor diri pada 21 April 2025. Sebelum ini, beliau bertugas di Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

Melalui perjumpaan ini juga, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Seputeh diberikan penerangan secara terperinci mengenai perancangan program Belia, Sukan dan Rakan Muda yang akan dilaksanakan di Kawasan Seputeh sepanjang tahun 2025 ini. Turut dibincangkan ialah prestasi pengurusan dan pentadbiran PBSK Seputeh.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 12:21:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search