SESI TAKLIMAT KOD SUKAN SELAMAT SEMPENA MINGGU AKADEMIK DI SEKOLAH SRI BESTARI PRIVATE SCHOOL


Kuala Lumpur, 22 April 2025 - Encik Javiques Badana anak Joannis, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur telah hadir bagi memberikan taklimat mengenai Kod Sukan Selamat di Sekolah Sri Bestari Private School sempena minggu Akademik yang dijalankan bermula 21 hingga 25 April 2025.

Kod Sukan Selamat yang diperkenalkan oleh KBS ini merupakan panduan dan rujukan kepada semua komuniti sukan mengenai kod sukan selamat dan tanggungjawab dalam pelaksanaan aktiviti sukan khususnya melibatkan atlet kanak-kanak.

Penerapan kod sukan selamat ini juga dilihat bagi mewujudkan ekosistem selamat untuk anak-anak bersukan dan dilindungi termasuk gangguan seksual, buli dan pengantunan.
Pihak Jabatan ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Sekolah Sri Bestari Private School di atas jemputan dan inisiatif dalam memperluaskan Kod Sukan Selamat ini kepada semua pelajar.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 12:21:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search