MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS ASAS RADIO AMATUR


Bukit Kiara, 20 April 2025 - Telah dilaksanakan Program Kursus Asas Radio Amatur anjuran Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Outdoor Booster pada 19 dan 20 April 2025.

Seramai 30 orang peserta telah menyertai kursus tersebut yang dilaksanakan di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Radio Amatur merupakan salah satu teknologi komunikasi menggunakan frekuensi radio. Kursus ini membolehkan peserta mengetahui sop pengendalian radio amatur dan bagaimana menjadi operator radio amatur.

Majlis Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Cik Magdelene anak Manjah, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur.
Tahniah kepada semua peserta program  

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 12:21:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search