- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 75
PERBINCANGAN SEMARAK HARI BELIA PERINGKAT KAWASAN KEPONG & SEGAMBUT
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 75
17 April 2025, Khamis - BUKIT KIARA, Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Kepong dan Segambut telah mengadakan perbincangan bagi Program Semarak Hari Belia Peringkat Kawasan Kepong dan Segambut di Bilik Mesyuarat Kiara Utama, JBSWPKL.
Perbincangan ini dihadiri Majlis Belia Kawasan Kepong, Majlis Belia Kawasan Segambut dan badan-badan gabungan sebagai rakan strategik utama bagi menjayakan Semarak Hari Belia Peringkat Kawasan Kepong dan Segambut di SMK Segambut Jaya pada 15 Mei 2025 nanti.
Pihak pejabat telah membentangkan bidang tugas bagi setiap jawatankuasa yang terlibat seterusnya memohon kerjasama pihak NGO terutama sekali dalam pemilihan segmen-segmen pengisian semasa Semarak Hari Belia ini berlangsung.