
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 165
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2025
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 165
16 April 2025, Rabu - Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama rakan strategik Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Belia Negara Peringkat WP Kuala Lumpur 2025 di Bilik Mesyuarat Kiara Utama.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi membincangkan pelaksanaan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat WP Kuala Lumpur 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 17-18 Mei 2025 bertempat di MATIC, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Pegawai Belia dan Sukan Kawasan serta beberapa agensi di Kuala Lumpur yang akan menjadi rakan kerjasama bersama Jabatan serta MBWP utk melaksanakan aktiviti dan pada masa yang sama bantuan sokongan dalam pelaksanaan program ini nanti.
Mesyuarat Jawatankuasa Induk ini telah dipengerusikan oleh Encik Sabran bin Abd Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur serta turut dihadiri oleh Saudara Khairul Rizam bin Dato’ Abu Samah, Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan.