- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 97
Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Majlis Belia Kawasan Seputeh dan Ahli Parlimen Seputeh bersama Rakan Strategik Agensi Pelaksana
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 97
15 April 2025, Dewan Komuniti OUG - Pejabat telah menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran Majlis Belia Kawasan Seputeh dan YB Ahli Parlimen Seputeh, Puan Teresa Kok bersama rakan-rakan strategik agensi pelaksana yang sering bersama dalam pelaksanaan program pembangunan Belia, Sukan dan Rakan Muda di kawasan Seputeh.
Majlis ini sebagai platform penghargaan dan juga membentuk kerjasama yang lebih erat bersama semua agensi terlibat. Antara agensi yang hadir adalah IPD Petaling, Brickfields, Jabatan Bomba dan Penyelamat, PPD, Sekolah Menengah Taman Yarl, Desa Perdana, Bukit Jalil, PPR Muhibbah, Kolej Newton dan lain lain.
Tahniah MBK Seputeh. Semoga kerjasama erat di antara Pejabat dan MBK akan terus terpelihara erat di masa hadapan.