- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 81
LAWATAN TEMPAT SEMPENA LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT TITIWANGSA/SETIAWANGSA
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 81
TITIWANGSA, 11 April 2025 (Jumaat) – Satu lawatan tapak telah diadakan di Kompleks Sukan MSN, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru bagi meninjau persiapan awal sempena Liga Sukan Komuniti Peringkat Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa yang dijadualkan berlangsung pada 21 Jun 2025.
Lawatan ini melibatkan kerjasama antara Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa, Kelab Bola Sepak Mahawangsa, Majlis Belia Kawasan (MBK) Titiwangsa, serta wakil-wakil daripada pelbagai persatuan sukan tempatan.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memastikan kemudahan dan fasiliti di lokasi penganjuran berada dalam keadaan terbaik bagi menjamin kelancaran program kelak. Dalam sesi lawatan tersebut, pihak penganjur turut membincangkan aspek logistik, pengurusan acara, serta penglibatan komuniti setempat.
Liga Sukan Komuniti ini bertujuan untuk melatih masyarakat tempatan dalam penganjuran aktiviti sukan, meningkatkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan komuniti serta menggalakkan budaya hidup sihat dan aktif melalui pembudayaan sukan di peringkat akar umbi.
Pihak penganjur turut berharap program ini akan mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk sekitar Titiwangsa dan Setiawangsa serta menjadi platform bagi mencungkil bakat-bakat baharu dalam pelbagai disiplin sukan.