- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 85
MESYUARAT PENYELARASAN SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT KAWASAN TITIWANGSA/SETIAWANGSA
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 85
Bukit Kiara, 10 April 2025 (Khamis) – Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsan telah mengadakan satu Mesyuarat Penyelarasan Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa bertempat di Bilik Mesyuarat KRM, Bukit Kiara. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Khairuddin bin Khalid, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa dan turut dihadiri oleh wakil Majlis Belia Kawasan (MBK) Titiwangsa dan MBK Setiawangsa.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan pelaksanaan Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa yang dijadualkan berlangsung pada 15 Mei 2025, dengan Kolej Profesional Baitulmal dicadangkan sebagai lokasi utama penganjuran.
Program ini bertujuan untuk menyediakan platform strategik kepada pemegang taruh dalam usaha memperkasakan peranan dan pembangunan belia di kawasan terbabit. Antara perkara yang dibincangkan termasuk pengisian program, penglibatan komuniti, serta aspek teknikal dan logistik pelaksanaan.
Mesyuarat berakhir pada jam 4.30 petang dengan semangat komitmen yang tinggi daripada semua pihak yang terlibat demi menjayakan sambutan Hari Belia Negara peringkat kawasan.
+2