LAWATAN TAPAK BAGI PROGRAM SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT KAWASAN TITIWANGSA/SETIAWANGSA

Titiwangsa, 9 April 2025 (Rabu) – Satu sesi lawatan tapak bagi persiapan Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa telah diadakan di Kolej Profesional Baitulmal hari ini.

Kesemua kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa telah hadir bagi meninjau lokasi serta membuat penilaian awal keperluan logistik, teknikal dan pengurusan acara menjelang program yang bakal berlangsung pada 15 Mei 2025, serentak di seluruh negara. Program Semarak Hari Belia Negara ini merupakan inisiatif kerajaan dalam usaha menghargai dan memberi pengiktirafan kepada golongan belia yang telah memberi sumbangan bermakna kepada pembangunan negara, sama ada dalam aspek ekonomi, sosial, sukan, inovasi mahupun kepimpinan.

Lawatan ini turut bertujuan memastikan segala aspek penganjuran berjalan lancar serta menepati objektif program yang bertemakan semangat kebersamaan dan penghargaan terhadap peranan belia dalam mencorak masa depan negara. Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa mengalu-alukan penyertaan aktif daripada para belia setempat dan komuniti dalam menjayakan program ini nanti.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 12:21:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search