MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM PEJABAT BERSAMA MAJLIS BELIA KAWASAN SEPUTEH


25 Mac 2025 (Selasa) - Satu mesyuarat penyelarasan program belia telah diadakan secara dalam talian google meet oleh Pejabat bersama Jawatankuasa Majlis Belia Kawasan Seputeh pada jam 10.00 malam.

Mesyuarat telah membincangkan perancangan dan pelaksanaan program belia seperti Majlis Perundingan Belia Negara, Semarak Hari Belia Negara dan Kem Belia Kawasan Seputeh. Tarikh pelaksanaan telah dipersetujui bersama dan kini memerlukan tindakan kedua dua pihak bagi memastikan pelaksanaan program berjalan dengan lancar.

Disamping itu, Pejabat mengambil peluang memperkenalkan Pn.Rasmina Oyok selaku Pegawai Pembangunan Belia dan En.Rosnizam Murat, Pegawai Pembangunan Sukan yang akan meneruskan kesinambungan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh. Semoga hubungan rapat ini akan terus utuh dalam memacu pembangunan belia dan sukan di kawasan Seputeh.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 12:21:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search