- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 121
KUALA LUMPUR JUARA HAFAZAN RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2025
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 121
21 Mac 2025, Kuala Lumpur - Tahniah diucapkan kepada Muhammad Kyashfi Bin Fajuri, peserta lelaki yang mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kerana berjaya menjuarai Rakan Muda Ramadan Peringkat Kebangsaan!
Beliau sebelum ini telah mengharumkan nama Kepong/Segambut dengan menjadi Johan Hafazan di peringkat kawasan serta meneruskan kecemerlangan di peringkat negeri. Kini, Kyashfi membuktikan kehebatannya di pentas kebangsaan dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM700!
Majlis penyampaian hadiah berlangsung semalam dengan penuh meriah, disampaikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Adam Adli Bin Abd Halim.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk terus berusaha dan mencipta kecemerlangan dalam bidang masing-masing!