PERTANDINGAN KHUTBAH SRMARAKKAN BAKAT DA'I MUDA DALAM PROGRAM RAKAN EKSPRESI : RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2025


Kuala Lumpur, 18 Mac 2025 – Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju hari ini menjadi medan bagi para belia memperlihatkan kebolehan dalam penyampaian khutbah menerusi Pertandingan Khutbah sempena Program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadan Peringkat WP Kuala Lumpur 2025.

Bermula pada jam 2 petang, pertandingan ini menampilkan 15 peserta berumur 13 hingga 25 tahun yang bersemangat untuk menyampaikan khutbah dengan penuh keyakinan dan kefasihan. Para peserta diuji berdasarkan penguasaan teks khutbah, intonasi suara, gaya penyampaian, pemahaman isi kandungan, serta keberkesanan dalam menyampaikan mesej kepada jemaah.

Pertandingan ini bertujuan untuk melahirkan generasi pendakwah muda yang berilmu, berkarisma, serta mampu menyampaikan mesej Islam dengan baik dan
Pihak penganjur berharap agar pertandingan ini dapat mencetus minat lebih ramai belia dalam dunia dakwah serta memperkukuhkan peranan mereka dalam menyampaikan ilmu dan mesej Islam kepada masyarakat.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 12:21:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search