- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 106
TAUSIYYAH KHAS RAMADAN SEMPENA PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2025
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 106
18 Mac 2025, Wangsa Maju - Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, menjadi lokasi tumpuan bagi golongan remaja dan belia dalam Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Program yang bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan dengan pengisian ilmiah itu diserikan dengan tausiyyah khas yang disampaikan oleh PU Dr. Hafiz Haneefa, Penasihat Majlis Belia Tahfiz Malaysia.
PU Dr. Hafiz Haneefa mengupas topik yang relevan dengan semangat Ramadan, serta memberi pencerahan mengenai nilai-nilai yang perlu diterapkan oleh golongan muda untuk menghadapi cabaran zaman ini dengan penuh ketakwaan. Tausiyyah yang penuh dengan nasihat dan pedoman itu mendapat perhatian dan sambutan hangat daripada lebih 200 peserta yang hadir, terdiri daripada golongan remaja dan belia berumur antara 13 hingga 25 tahun.
Dalam majlis tersebut, Puan Nor Safinah bt Haya, Timbalan Pengarah Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, turut hadir untuk menyampaikan cenderahati kepada penceramah sebagai penghargaan.
Majlis ini turut mendapat kerjasama erat antara Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur serta Majlis Belia Tahfiz Malaysia dan pihak Masjid Usamah bin Zaid.
Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada golongan muda untuk mendalami ilmu agama, tetapi juga menyediakan platform untuk mereka berkumpul dan berkongsi pengalaman dalam suasana Ramadan yang penuh barakah.