MAJLIS IFTAR BERSAMA AHLI PARLIMEN SEPUTEH YB TERESA KOK


17 Mac 2025 (Isnin) - Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh telah dijemput ke Majlis Iftar bersama YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh bertempat di The Pearl Hotel, Kuala Lumpur. Majlis ini merupakan program tautan hubungan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Seputeh bersama Agensi-agensi dan Persatuan Penduduk di dalam Kawasan Seputeh yang sering bersama dalam penganjuran program komuniti dan kemasyarakatan di Seputeh.

Majlis juga turut disertai Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, En.Sabran bin Abd Bahar menandakan hubungan erat Jabatan bersama Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Kawasan Seputeh. Semoga hubungan erat ini berkekalan dan berterusan di masa hadapan.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 12:21:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search