PEGAWAI BELIA DAN SUKAN KAWASAN TITIWANGSA/SETIAWANGSA HADIR KE PROGRAM DARI DAPUR KE HATI : BUBUR LAMBUK PERDANA 2025


Kuala Lumpur, 15 Mac 2025 – Encik Khairuddin bin Khalid, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa, yang turut mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan kepada Asnaf dan Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP), bersama Majlis Belia Titiwangsa, Pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa, dan Kedutaan Arab Saudi. Majlis tersebut berlangsung di Masjid Jamek Kampung Bharu, Kuala Lumpur, dalam suasana penuh keberkatan dan keharmonian.

Majlis ini bertujuan untuk membantu golongan asnaf serta mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat setempat, belia, dan pelbagai pihak. Di dalam majlis tersebut, Encik Khairuddin bersama para tetamu yang hadir, menyaksikan penyampaian bantuan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan asas kepada golongan asnaf yang memerlukan. Bantuan ini amat dihargai, terutamanya dalam bulan Ramadan, bagi meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik.

Pada majlis tersebut, para peserta juga berpeluang untuk berbuka puasa bersama-sama, dalam suasana yang penuh ukhuwah dan semangat muhibbah. Kehadiran Kedutaan Arab Saudi menambah keistimewaan majlis ini, sekaligus mempererat hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi, khususnya dalam kalangan masyarakat Islam.

Majlis ini bukan sahaja memberi manfaat kepada golongan asnaf, tetapi turut menjadi platform bagi belia untuk terlibat aktif dalam program kemasyarakatan dan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya saling bantu-membantu dalam kalangan komuniti.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 12:21:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search