- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 78
PROGRAM RAKAN EKSPRESI : RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT KAWASAN TITIWANGSA/SETIAWANGSA TAHUN 2025
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 78
Setiawangsa, 9 Mac 2025 – Program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadan Peringkat Kawasan telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Taman Sri Rampai, semalam. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Majlis Belia Titiwangsa, dan Majlis Belia Kawasan Setiawangsa.
Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan belia serta memberikan ruang untuk mereka mengembangkan potensi diri melalui aktiviti berbentuk keagamaan dan kemasyarakatan ini, mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta pelbagai peringkat umur. Aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini termasuklah tazkirah Ramadan, pertandingan hafazan, tadarus al-quran dan iftar bersama belia.
Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh En Sabran bin Abd Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dalam ucapan perasmiannya, En Sabran menekankan pentingnya penglibatan golongan muda dalam program-program berbentuk keagamaan dan kemasyarakatan, terutamanya pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen tinggi sepanjang program berlangsung.
Program ini diharapkan dapat memberi kesan positif kepada para belia, selain menjadi platform untuk mereka lebih aktif dalam pelbagai inisiatif sosial dan keagamaan di kawasan setempat.