GERAK KERJA JAWATANKUASA RAKAN MUDA RAMADAN 2025 WP KUALA LUMPUR DIPERKUKUH


13 Mac 2025, Bukit Kiara – Telah berlangsung sebentar tadi Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Pelaksana Program Rakan Muda Ramadan Peringkat WP Kuala Lumpur 2025 bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan program yang dijadualkan berlangsung pada 18 Mac 2025 bertempat di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju.

Mesyuarat penyelarasan yang diadakan di Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur telah dipengerusikan oleh Puan Safinah binti Haya, Timbalan Pengarah Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur. Beliau menegaskan bahawa penyelarasan ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan program serta memastikan semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Antara agenda utama yang dibincangkan termasuk jadual aktiviti, pengagihan tugas, serta aspek logistik dan keselamatan. Jawatankuasa pelaksana juga menekankan kepentingan kerjasama antara semua pihak bagi memastikan program ini mencapai objektifnya dalam membentuk masyarakat belia yang prihatin dan berakhlak mulia.

Semoga program yang dirancang akan dipermudahkan urusannya.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 12:21:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search