- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 76
LAWATAN TAPAK DAN PERBINCANGAN PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN DI SURAU NUR ASY SYAKIRIN, PPR MUHIBBAH
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 76
12 Mac 2025 - Bertempat di Surau Nur Asy-Syakirin, PPR Kg Muhibbah, pihak Pejabat telah mengadakan pertemuan bagi tujuan penyelarasan Program Rakan Muda, Rakan Ekspresi Rakan Muda Ramadan Peringkat Kawasan Seputeh bersama Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Surau Nur Asy- Syakirin membincangkan persiapan dan keperluan bagi pelaksanaan program yang akan berlangsung pada 15 Mac 2025 (Sabtu) ini.
Selain perbincangan, penyelarasan dari segi persediaan peralatan dan juga persiapan tempat turut diperhalusi bagi memastikan kelancaran program yang akan berlangsung. Semoga perjalanan program ini dipermudahkan dan terlaksana dengan jayanya. Kepada belia belia di luar sana, anda semua dijemput hadir untuk menyertai Pertandingan Hafazan, Tadarus dan Tazkirah sebagai pengisian aktiviti program ini.