LAWATAN TAPAK & PERBINCANGAN PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2025


12 Mac 2025, Wangsa Maju - Satu lawatan tapak dan sesi perbincangan telah diadakan bagi merancang pelaksanaan Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2025. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan muda di Kuala Lumpur untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan memperkukuh semangat kebersamaan semasa bulan Ramadan.

Lawatan tapak tersebut melibatkan pegawai-pegawai Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur bersama pihak masjid yang diwakili oleh Encik Saifuzzaman bin Mohamed Salleh, Timbalan Pengerusi Masjid Usamah bin Zaid dan ahli jawatankuasa masjid serta Majlis Belia Tahfiz Malaysia.

"Salah satu matlamat utama adalah untuk membentuk perasaan saling menghormati dan tolong-menolong dalam kalangan anak muda. Dengan sokongan daripada pelbagai pihak, kami percaya program ini akan memberi manfaat kepada semua peserta, di samping memupuk semangat perpaduan semasa bulan yang mulia ini," kata Puan Zabrina Ezura bt Zakria yang merupakan pegawai projek bagi program tersebut.

Perbincangan juga menyentuh aspek logistik, keselamatan, dan pematuhan SOP yang akan dilaksanakan sepanjang program bagi memastikan keselamatan dan keselesaan semua peserta. Program ini dijangka akan dilaksanakan pada 18 Mac 2025 bersempena dengan Nuzul Quran, dan pihak Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur mengharapkan sokongan daripada masyarakat setempat dan pihak Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju untuk menjayakan inisiatif ini.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 12:21:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search