- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 69
PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN WP KUALA LUMPUR HADIR DAN MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN SUKAN WEIQI MALAYSIA 2025
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 69
Bukit Kiara, 3 Mac 2025 - Encik Sabran bin Abd Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur telah hadir dan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Sukan Weiqi Malaysia 2025 hari ini di Kompleks Rakan Muda, Bukit Kiara.
Di dalam ucapannya, beliau berharap supaya mesyuarat agung tahunan (AGM) persatuan sukan dilaksanakan secara sihat agar dapat memberi kesan kepada pembangunan sukan Weiqi di Malaysia. Tambah beliau lagi, semua persatuan sukan yang didaftar di bawah PJS termasuk Persatuan Sukan Weiqi Malaysia perlu bergerak aktif dalam menjalankan aktiviti melibatkan sukan yang diwakili dan boleh memohon Dana Sukan Komuniti (DSK) selain mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) dan menghantar laporan aktiviti berkenaan.
Semoga Persatuan Sukan Weiqi Malaysia terus memperkasa peranan persatuan dalam pembangunan sukan Weiqi di Malaysia.