- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 104
KUNJUNGAN HORMAT PEJABAT BELIA DAN SUKAN KAWASAN BATU / WANGSA MAJU KE NEWTON INTERNATIONAL COLLEGE DAN PERBINCANGAN PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN BERSAMA RAKAN STRATEGIK
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 104
NEWTON INTERNATIONAL COLLEGE, 27 FEBRUARI 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju yang telah diwakili oleh Puan Afiqah binti Mustafa Kamil, Pegawai Belia dan Sukan serta Encik Zarulhisam bin Ramli, Pembantu Belia dan Sukan merangkap Pegawai Unit Pembangunan Rakan Muda di PBSK Batu / Wangsa Maju telah mengadakan kunjungan hormat bersama Majlis Perwakilan Pelajar Newton International College dan Sekretariat Rakan Muda di Newton International College pada petang ini bagi membincangkan pelaksanaan program Rakan Muda Ramadan yang bakal dilaksanakan sepanjang bulan suci ini. Kunjungan tersebut bertujuan untuk memperkenalkan dan merancang aktiviti yang dapat melibatkan golongan muda dalam menghayati nilai-nilai Ramadan serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.
Dalam perbincangan tersebut, aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan bagi program tersebut telah dibentangkan oleh Puan Afiqah dan juga Encik Zarulhisam, Pihak Majlis Perwakilan Pelajar turut menyatakan komitmen mereka dalam menyediakan platform yang lebih inklusif bagi meningkatkan penglibatan golongan muda dalam aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan kelak serta mereka akan turut memberi kerjasama erat bersama PBSK Batu / Wangsa Maju.
Menurut Encik Mohd Amin bin Abd Razak selaku Penasihat bagi Majlis Perwakilan Pelajar, “Program Rakan Muda Ramadan adalah satu peluang untuk golongan muda bukan sahaja memperkukuhkan iman, tetapi juga untuk memberi kesan positif kepada masyarakat melalui usaha-usaha yang bermanfaat.”
Kunjungan ini diharapkan dapat membuka ruang untuk kerjasama yang lebih erat antara pihak PBSK Batu / Wangsa Maju, MPP Newton International College, dan golongan muda dalam mendalami maksud sebenar Ramadan dan meningkatkan nilai-nilai murni di kalangan generasi muda.
#RakanMuda
#PBSKBWM