- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 96
PBSK CHERAS / BANDAR TUN RAZAK HADIR MESYUARAT PENYELARASAN BAHAGIAN RAKAN MUDA JBSWPKL
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 96
Bukit Kiara, 21 Feb. 2025 - satu mesyuarat penyelarasan Rakan Muda telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kiara Utama, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBSWPKL). Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Safinah Haya, Timbalan Pengarah Rakan Muda.
Encik Javiques Badana hadir bersama Encik Mohd Safian, yang merupakan Pegawai Rakan Muda Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak. Perbincangan utama mesyuarat ini tertumpu kepada pelaksanaan program Rakan Muda di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur disamping memperkasa program-program Rakan Muda bagi memastikan penyampaian yang efektif dan berkesan kepada komuniti setempat.