LAWATAN PBSK CHERAS / BANDAR TUN RAZAK KE PEJABAT PERSATUAN SUKAN ORANG PEKAK MALAYSIA (MSDEAF)

Bandar Tun Razak, 20 Feb. 2025 - satu lawatan rasmi ke Pejabat Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDEAF) telah diadakan sebagai usaha memperkukuhkan hubungan strategik dan memperluaskan peluang kolaborasi dalam bidang sukan. Kehadiran ke MSDEAF disambut mesra oleh Encik Kamarzaman bin Haji Harun, Setiausaha Agung. Pejabat MSDEAF yang terletak di Bandar Tun Razak menjadi pusat utama dalam memperkasa atlet orang pekak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran lebih mendalam mengenai peranan MSDEAF dalam memperjuangkan hak dan kepentingan komuniti orang pekak melalui bidang sukan. Peluang kerjasama yang dibincangkan termasuk penganjuran kejohanan sukan khas, program pembangunan bakat, serta inisiatif memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kebolehan luar biasa atlet orang pekak.

Menurut Encik Kamarzaman, MSDEAF terus komited dalam usaha membangunkan atlet orang pekak dengan menyediakan latihan profesional dan platform pertandingan bertaraf antarabangsa. Beliau turut menyeru agar lebih banyak pihak tampil memberikan sokongan demi memastikan komuniti ini terus berkembang dalam arena sukan.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 12:21:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search