PERBINCANGAN PBSK CHERAS / BANDAR TUN RAZAK BERSAMA PEGAWAI KHAS PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK (BTR) DAN KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) BANDAR TUN RAZAK

Bandar Tun Razak, 20 Feb. 2025 - Satu perbincangan program pembangunan belia, sukan, dan rakan muda di Bandar Tun Razak telah diadakan bersama Encik Kuek Zhe Han, Pegawai Khas Parlimen Bandar Tun Razak (BTR), dan Encik Imran Shah dan Cik Aishah, wakil Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Tun Razak. Encik Javiques Badana, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras / Bandar Tun Razak telah hadir bersama Cik Nazra Hanim (Penolong Pegawai Belia dan Sukan Kawasan).

Perbincangan ini bertujuan untuk memperkasakan belia setempat melalui pelbagai inisiatif yang dapat meningkatkan keterlibatan mereka dalam aktiviti cergas dan bermanfaat. Antara isu yang dibincangkan termasuk program sukan komuniti, pembangunan gaya hidup rakan muda, serta kerjasama antara PBSK Cheras / Bandar Tun Razak dengan pihak berkaitan dalam usaha memperkukuh jaringan sosial belia di kawasan ini.

Menurut Encik Kuek Zhe Han, pihaknya komited untuk menyokong usaha pembangunan belia melalui pelbagai program dan inisiatif yang dapat memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti. Sementara itu, Encik Imran Shah menekankan kepentingan peranan KRT dalam membimbing serta membentuk belia yang lebih harmoni dan proaktif.

Diharapkan hasil perbincangan ini dapat diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan program yang lebih menyeluruh dan berimpak tinggi bagi memastikan golongan belia di Bandar Tun Razak terus maju dan berkembang dalam pelbagai aspek kehidupan.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 16:56:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search