- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 116
PBSK CHERAS / BANDAR TUN RAZAK ADAKAN LAWATAN TAPAK KE UNIKL MIDI CHERAS BAGI PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA, SUKAN DAN RAKAN MUDA
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 116
Cheras, 18 Februari 2025 – Satu lawatan tapak telah diadakan di Universiti Kuala Lumpur Malaysia Italy Design Institute (UNIKL MIDI) Cheras sebagai sebahagian daripada usaha sama merangka program pembangunan belia, sukan dan Rakan Muda Kawasan Cheras. Lawatan ini bertujuan meninjau fasiliti serta infrastruktur yang terdapat di UNIKL MIDI Cheras, di samping membincangkan potensi kerjasama dalam melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan belia. Antara aspek yang diberi perhatian termasuk program yang ditawarkan oleh PBSK Cheras / Bandar Tun Razak (BTR), kemudahan sedia ada UNIKL, serta aktiviti yang dapat memperkukuhkan hubungan PBSK dan juga agensi.
Sepanjang lawatan, PBSK Cheras/ BTR turut diberikan taklimat mengenai pelbagai program yang ditawarkan di UNIKL MIDI serta kemudahan yang boleh dimanfaatkan oleh golongan belia. PBSK Cheras / BTR berharap agar inisiatif ini dapat mewujudkan jaringan kerjasama yang lebih erat antara institusi pendidikan, organisasi belia dan pihak berkepentingan dalam usaha melahirkan belia yang berdaya saing dan berwawasan.
Lawatan tapak hari ini diketuai oleh Encik Javiques Badana Anak Joannis, Pegawai Belia dan Sukan Cheras / Bandar Tun Razak bersama Cik Nazra Hanim (Belia), Encik Syafiq Asyraf (Sukan) dan Encik Mohd Safian (Rakan Muda). PBSK Cheras / BTR disambut oleh Puan Nazifah Md Nor, Kaunselor UNIKL bersama Puan Akmar. Semoga lawatan ini dapat merealisasikan program pembangunan belia, sukan dan Rakan Muda kawasan Cheras yang lebih menyeluruh dan berimpak tinggi.