- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 123
JBSWPKL SEDIA JALIN KERJASAMA BERSAMA UEM SUNRISE BAGI MEMPERKASAKAN PELAKSANAAN PROGRAM UNTUK KOMUNITI
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 123
Bukit Kiara, 18 Februari - Pihak Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur telah mengadakan satu sesi perjumpaan dan perbincangan bersama UEM Sunrise bagi melihat jalinan kerjasama dalam pelaksanaan program melibatkan komuniti di Kuala Lumpur. Dalam sesi perbincangan ini juga pihak Jabatan turut dimaklumkan bahawa UEM Sunrise turut melaksanakan program sukan untuk komuniti seperti skateboard dan sebagainya.
Kerjasama ini adalah bagi memastikan lebih banyak agensi, NGO tampil untuk bekerjasama dalam menggerakan program Belia, Sukan dan Rakan Muda di peringkat komuniti dan negeri bagi tahun 2025. Turut hadir sama dalam sesi perbincangan ini juga adalah Puan Yap Yee Vonne, Setiausaha Politik Pejabat Menteri Belia dan Sukan. Pihak Jabatan berharap supaya jalinan kerjasama ini dapat diperkasakan dalam memudahkan penganjuran program untuk komuniti khususnya di Kuala Lumpur