MAJLIS PENUTUP KURSUS PENGADILAN "AEROBIC GYMNASTICS" (AER) PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

Bukit Kiara, 15 Februari 2025 - Telah diadakan Majlis Penutup Kursus Pengadilan "Aerobic Gymnatics" (AER) Peringkat Kebangsaan 2025 yang disempurnakan oleh Encik Dharzuky bin Daud@Zakaria, Pengarah Cawangan Kecergasan Nasional, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara hari ini.

Hampir 50 orang peserta daripada pelbagai negeri telah menyertai kursus ini bermula 12 Februari - 15 Februari yang dianjurkan oleh Persatuan Sukan Kecergasan Malaysia (MAFA) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur dan Persekutuan Gimnastik Malaysia. Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memberikan pemahaman mendalam tentang peraturan terkini CoP dalam Aerobic Gymnastic, melatih pengadil yang kompeten dan diiktiraf mengikut piawaian antarabangsa dan memberi peluang latihan praktikal menggunakan sistem penjurian rasmi FIG.

Kandungan kursus juga adalah berdasarkan Code of Points (CoP) Kitaran Olimpik 2025-2028, yang disediakan dan dikawal oleh Federation of International Gymnastics (FIG), sebuah badan antarabangsa yang berpusat di Switzerland. Turut hadir, Cik Magdelene anak Manjah, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur dan Encik Nik Muhammad Asraff bin Nik Mod Kamal, Penolong Pengarah, Cawangan Kecergasan Nasional, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Pihak Jabatan ingin merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Prof. Madya Dr. Hajah Mastura binti Johar, Presiden MAFA dan seluruh ahli jawatankuasa di atas kejayaan penganjuran ini. MAFA progresif   

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 16:56:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search