PEGAWAI BELIA DAN SUKAN KAWASAN TITIWANGSA/SETIAWANGSA HADIR MEWAKILI PENGARAH KE KEJOHANAN HOKI KEHOF CLASH OF TITANS 9S HOCKEY CHALLENGE

Segambut, 15 Februari 2025 - Pegawai Belia dan Sukan Titiwangsa/Setiawangsa, Encik Khairuddin bin Khalid yang mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur telah hadir ke Program Clash of Titan 9s Hockey Challenge yang dianjurkan oleh Kelab Hoki Freelance (KEHOF). Acara tersebut berlangsung di Stadium Hoki Jalan Duta. Dalam program ini, beliau juga telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Beliau mengharapkan agar program Clash of Titan 9s Hockey Challenge ini dapat dilaksanakan secara kerap di masa hadapan.

Program seperti ini bukan sahaja dapat memupuk semangat kesukanan, tetapi juga memberi peluang kepada atlet muda untuk memperbaiki kemahiran mereka dalam sukan hoki. Turut hadir ke program hoki ini adalah Presiden KEHOF, Saudara Hawari bin Ahmad Radzi, bersama dengan barisan Jawatankuasa Kelab. Kejohanan ini juga telah disertai oleh 12 pasukan hoki yang terdiri daripada pasukan-pasukan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Kejohanan ini menjadi platform penting bagi penglibatan komuniti dalam sukan hoki serta memperkukuhkan hubungan antara pasukan-pasukan di kedua-dua negeri tersebut.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 16:56:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search