- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 148
JBSWPKL DAN PESRON KUALA LUMPUR TINGKAT KERJASAMA DEMI PEMBANGUNAN SUKAN OKU
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 148
Bukit Kiara, 14 Februari - Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur bersama PESRON Kuala Lumpur telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama dalam meningkatkan jalinan kerjasama demi pembangunan sukan OKU khususnya di Kuala Lumpur. Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Sabran bin Abd Bahar itu juga turut menfokuskan kepada pembangunan sukan OKU sebagai persiapan rapi untuk atlet Para dalam Sukan Para SUKMA 2026 Selangor dan perancangan pelaksanaan program sukan OKU bagi tahun 2025 bersama PESRON Kuala Lumpur.
Perbincangan inj juga memberikan gambaran bahawa pihak Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur sentiasa komited dan menyokong penuh inisiatif-inisiatif yang memberi manfaat kepada golongan OKU khususnya dalam bidang sukan.