KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS BELIA KAWASAN TITIWANGSA KE PBSK TITIWANGSA/SETIAWANGSA

Bukit Kiara, 13 Februari 2025 - Satu kunjungan hormat telah diadakan pada hari ini antara Majlis Belia Kawasan Titiwangsa (MBK Titiwangsa) dan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa di Bilik Mesyuarat, Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara. Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Pengerusi Majlis Belia Kawasan Titiwangsa, Encik Mohammed Nik Faisullah Reed bersama Timbalan Pengerusi, Puan Ayuni Mazlan, serta barisan Ahli Jawatankuasa MBK Titiwangsa.

Majlis ini telah dipengerusikan oleh Encik Khairuddin bin Khalid, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa serta turut hadir bersama barisan pegawai belia dan sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa. Pertemuan ini bertujuan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan Majlis Belia Kawasan Titiwangsa yang baru serta untuk membincangkan beberapa isu berkenaan dengan pembangunan belia dan komuniti di kawasan Titiwangsa.

Beberapa perkara utama yang dibincangkan termasuk langkah-langkah memperkukuhkan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam merancang dan melaksanakan program-program pembangunan belia yang lebih menyeluruh serta memberikan kesan positif kepada komuniti setempat. Diharapkan dengan pertemuan ini, hubungan yang lebih erat dapat dijalin demi kemajuan belia dan pembangunan kawasan Titiwangsa secara keseluruhan.
Majlis ini diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 16:56:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search