MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SPECIAL POOMSAE TRAINING CENTRE 2025


Titiwangsa, 6 Februari 2025 - Encik Sabran bin Abd Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur telah hadir dan merasmikan Program Special Poomsae Training Centre di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur pada hari ini. Kursus yang pertama kali diadakan di Malaysia itu telah dianjurkan oleh Speed Power Taekwando Kuala Lumpur melibatkan 70 orang peserta terdiri daripada paea atlet, jurulatih dan peminat Taekwando di seluruh Kuala Lumpur.

Poomase ini merupakan satu elemen penting dalam taekwando yang memerlukan ketepatan, disiplin dan ketahanan mental yang tinggi. Kursus ini bukan sahaja memberi ruang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran dalam poomase, tetapi juga membina jati diri dan semangat berpasukan yang sangat penting dalam sukan.

Pihak Jabatan amat menyokong semua inisiatif yang boleh memperkasakan pembangunan sukan di peringkat akar umbi. Semoga kursus ini menjadi platform untuk memperkukuhkan sukan taekwando di Malaysia.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 16:56:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search