
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 131
MESYUARAT PENGURUSAN BIL 1/2025 PEJABAT BELIA DAN SUKAN KAWASAN BATU / WANGSA MAJU
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 131
13 Februari 2025, Khamis- Pada hari ini bertempat di Ruang Tengah Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju telah diadakan Mesyuarat Pengurusan yang dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan berkaitan, bagi membincangkan pelbagai agenda penting berkaitan pembangunan belia, sukan dan rakan muda yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun ini. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju, Puan Afiqah binti Mustafa Kamil.
Mesyuarat ini bertujuan untuk merancang dan memperkemaskan pelaksanaan program-program yang memberi impak positif kepada pembangunan sosial dan fizikal belia dan komuniti sekitar kawasan Batu dan juga Wangsa Maju. Antara topik utama yang dibincangkan termasuk perancangan aktiviti di peringkat kawasan, serta pengukuhan kerjasama antara pejabat dan pemegang taruh dalam usaha memperkasa potensi belia dan komuniti di setiap lapisan masyarakat.
Selain itu, penekanan juga diberikan kepada pelaksanaan program-program rakan muda dan kecergasan yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan belia masa kini. Ahli mesyuarat turut berbincang mengenai cara-cara untuk meningkatkan capaian dan penglibatan belia dalam pelbagai program yang disediakan oleh Pejabat Belia dan Sukan.
Puan Pengerusi amat berterima kasih kepada semua yang hadir dan memberi komitmen penuh dalam mesyuarat ini. Dengan kerjasama yang erat, Puan Pengerusi yakin setiap program yang dirancang akan memberikan manfaat yang besar kepada belia dan masyarakat secara keseluruhannya.