
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 121
PEGAWAI PBSK CHERAS / BANDAR TUN RAZAK HADIR SESI PENYERAHAN PROJEK NAIK TARAF KEMUDAHAN SUKAN WPKL
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 121
Bukit Maluri, 27 Jan. 2025 - Majlis Penyerahan Projek Naik Taraf Kemudahan Sukan WPKL : Gelanggang Bola Keranjang di Jalan Burung Kasawari, Taman Bukit Maluri telah selesai dengan jayanya. Majlis disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang juga merupakan Ahli Parlimen Segambut.
Pegawai PBSK Cheras / Bandar Tun Razak telah hadir sesi ini bagi menyaksikan penyerahan gelanggang dari KBS kepada pihak DBKL. Antara jemputan yang hadir pada hari ini adalah Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN, Pengarah Jabatan Lanskap DBKL, Pengarah Jabatan Sukan dan Pelancongan DBKL, Pengarah JBSWPKL, Pengurus DBKL Cawangan Segambut serta Pengerusi Persatuan Bola Keranjang.
Gelanggang Bola Keranjang ini mula dibina pada tahun 2022 dan siap sepenuhnya pada tahun 2024. Semoga dengan adanya kemudahan seperti ini akan merancakkan lagi aktiviti sukan di dalam komuniti.