
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 100
KUNJUNG HORMAT PERSATUAN SUKAN KECERGASAN KUALA LUMPUR KE JABATAN BELIA DAN SUKAN WP KUALA LUMPUR
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 100
Bukit Kiara, 24 Januari 2025 - Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur hari ini telah menerima kunjung hormat daripada Persatuan Sukan Kecergasan KL yang telah dipengerusikan oleh Encik Sabran bin Abd Bahar.
Sesi kunjung hormat ini adalah untuk membina hubungan kerjasama antara JBS WPKL dan KLFIT. Pertemuan ini juga dapat menyebarkan lagi pembangunan sukan kecergasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pihak Jabatan amat menyambut baik inisiatif Persatuan untuk memperkasakan jalinan kerjasama dalam pembangunan sukan kecergasan khususnya di Kuala Lumpur.