TAKLIMAT PERANCANGAN PROGRAM BELIA KEPADA PBSK

TAKLIMAT PERANCANGAN PROGRAM BELIA KEPADA PBSK


24 Januari 2025, Bukit Kiara - Bahagian Pembangunan Belia, JBSWPKL telah mengadakan taklimat awal berkenaan program yang akan diadakan pada tahun 2025 kepada Pejabat Belia dan Sukan Kawasan (PBSK) berikutan hasil daripada Bengkel Pelaksanaan Program JBSN 2025 yang telah dihadiri pada 17 Januari 2025 di Movenpick Hotel, Sepang.

Taklimat ini membentangkan keseluruhan program-program yang akan dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Belia,JBSWPKL dan PBSK. Hasil dari taklimat dan perbincangan ini, Bahagian Pembangunan Belia JBSWPKL akan mewujudkan takwim yang menyenaraikan program peringkat negeri dan kawasan bagi memudahkan seliaan dan melancarkan pelaksanaan program. Bahagian ini juga bercadang dalam masa terdekat untuk mengadakan taklimat bersama Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) sebagai rakan strategik utama bagi program-program tahun 2025.

Diharapkan segala perancangan awal yang diusahakan dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan memberikan hasil yang lebih baik dan meningkat.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 16:56:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search