KUNJUNG HORMAT SUPER PANDA TEAM KE JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA

KUNJUNG HORMAT SUPER PANDA TEAM KE JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA


Bukit Kiara, 22 Januari 2025 - Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur telah menerima kunjung hormat daripada Super Panda Team yang dipengerusikan oleh Encik Sabran bin Abd. Bahar.

Super Panda Team Cafe ini merupakan salah satu entiti yang sedang giat untuk membangunkan sukan dart disekitar Kuala Lumpur sejak tahun 2019. Sesi kunjungan hormat ini turut membincangkan hala tuju kerjasama yang dapat diusahakan melibatkan Super Panda Team bersama Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur.

Turut hadir, Encik Zul Fadhli bin Abd Aziz, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Cik Magdelene anak Manjah, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Puan Nur Safinah binti Haya, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Mr Edmund, Super Panda Team dan pegawai-pegawai daripada Bahagian Pembangunan Sukan.

Semoga pihak Jabatan dan Super Panda Team akan terus bekerjasama dalam pembangunan sukan, belia dan rakan muda di sekitar Kuala Lumpur.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 16:56:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search