- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 187
PERJUMPAAN GERAKAN BELIA 4B BANDAR TUN RAZAK DENGAN PEGAWAI BELIA DAN SUKAN KAWASAN CHERAS / BANDAR TUN RAZAK
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 187
Bukit Kiara, 21 Januari 2025 - Gerakan Belia 4B (GB4B) Bandar Tun Razak hari ini telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras / Bandar Tun Razak. Saudara Aman Amil, Pengerusi GB4B Bandar Tun Razak hadir bersama Saudara Firdaus.
Perbincangan hari ini memfokuskan kepada perancangan dan pelaksanaan program pembangunan belia, sukan dan rakan muda di Kawasan Bandar Tun Razak. Program-program yang dicadangkan bertujuan untuk memperkasa belia tempatan melalui aktiviti sukan dan pembangunan sosial yang lebih inklusif.
Perbincangan juga menyentuh mengenai kolaborasi antara Gerakan Belia 4B dan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras / Bandar Tun Razak dalam memperkenalkan lebih banyak peluang kepada belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti komuniti yang membina. Dengan kerjasama ini, diharapkan dapat memberi impak positif kepada belia di kawasan tersebut.