- JBS Johor
- Hits: 16
PROGRAM KELAS LATIHAN ASAS SUKAN ORANG KURANG UPAYA (KLAS OKU) PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026
- JBS Johor
- Hits: 16
Johor Bahru, 9 Ogos 2026 – Program Kelas Latihan Asas Sukan Orang Kurang Upaya (Klas Oku) Peringkat Negeri Johor 2026 bagi sukan futsal dan bola tampar duduk telah berjaya dilaksanakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor.
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Kelab Sukan Futsal SSV Five serta barisan teknikal bola tampar duduk ini bertujuan memberi pendedahan dan latihan asas kepada peserta daripada pelbagai kategori Orang Kurang Upaya (OKU), di samping menggalakkan penyertaan aktif mereka dalam bidang sukan.
Sepanjang program berlangsung, peserta turut menyertai sesi mini pertandingan futsal dan bola tampar duduk sebagai platform untuk mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari, sekali gus memupuk semangat kesukanan, meningkatkan keyakinan diri serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta.
Majlis penutup disempurnakan dengan penyampaian sijil penyertaan oleh Encik Zurihanmi bin Zakariya, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Turut hadir ialah Encik Saiful Bahri bin Kamaruzaman, Pegawai Pembangunan Sukan Orang Kurang Upaya, Jabatan Belia dan Sukan Negara, serta Encik Hairul Anuar bin Abu Bakar, Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Negeri Johor.
#KLASOKU
#MalaysiaMADANI
#JBSNBersama
#jbsjohor
Disediakan Oleh JBSN Johor
