Johor Bahru, 23 Julai 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor (JBSNJ) telah mengadakan sesi perbincangan bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Johor bagi menyelaras pelaksanaan Program Kem Belia @ Rakan Prihatin KafeTEEN yang dijadualkan berlangsung dalam empat siri sepanjang bulan Oktober 2026.
Sesi perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada penyelarasan pelaksanaan program, pengisian modul, pembahagian peranan serta kerjasama strategik antara kedua-dua agensi bagi memastikan objektif program dapat dicapai dengan berkesan. Pada sesi yang sama, JBSNJ turut menyampaikan Sijil Pelantikan kepada Encik Muhammad Nazrin bin Hassim sebagai Ketua Jurulatih Program Kem Belia @ Rakan Prihatin KafeTEEN.
Kerjasama erat antara JBSNJ dan LPPKN Negeri Johor diharapkan dapat memastikan program ini dilaksanakan dengan lancar serta mencapai matlamat.
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Zurie Hanmi
KBSMalaysia
JBSNegara
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
#JBSNKomited #JBSJohor #LPPKN #kembelia #KafeTEEN
Disediakan Oleh JBSN Johor
