- JBS Johor
- Hits: 13
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG B40 SESI 1 DAN 2 PERINGKAT NEGERI JOHOR DAERAH KULAI 2026
- JBS Johor
- Hits: 13
Kulai, 18 Julai 2026 - Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang bagi Kategori Kanak-Kanak B40 (6–12 tahun) Siri 1 dan 2 yang melibatkan seramai 40 orang peserta telah melabuhkan tirainya dengan jayanya pada hari ini.
Majlis Penutupan Rasmi telah disempurnakan dengan kehadiran Puan Manisah binti Muhammad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulai serta Cik Glendalyn Johnny, Pegawai Kecergasan Nasional, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Program KLAS Renang ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada kemahiran asas renang dan aspek keselamatan di dalam air, malah menjadi platform untuk membina keyakinan diri, memupuk disiplin serta menggalakkan amalan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan peserta.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Wahoo Swim Academy, ibu bapa serta para penjaga atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang pelaksanaan program ini sehingga berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Kekal aktif, kekal sihat!
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Zurie Hanmi
#JBSNJohor
#WahooSwimAcademy
#PBSDKulai
#RakanAktif
#KLASRenangFasa1
Disediakan Oleh JBSN Johor
